Connect with us

Hubungi 013-7636364 Cikgu Isman

CARTA ALIRAN

perkhidmatan kami

  • Kini anda boleh mendaftar diri ke Institut Memandu kami menggunakan borang pendaftaran online secara rasmi! klik sini untuk mendaftar.
  • Yuran belajar yang murah dan berpatutan. Anda boleh membayar secara ansuran untuk mengikuti kelas memandu di sini. Tidak membebankan!
  • Mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman. Sistem pembelajaran mengikut piawaian JPJ dan kelengkapan ujian memandu yang mudah dan praktikal.

Carta Aliran Pengambilan Lesen Memandu / Tambah Kelas

1. Mula -> Calon membuat pendaftaran permohonan lesen memandu.
2. Calon menghadiri sesi ceramah undang-undang selama 6 jam (KPP 1
3. Calon mengambil ujian undang-undang. Jika gagal, calon perlu mengambil semula ujian tersebut pada hari yang lain. 
4. Jika lulus, calon perlu menghadiri sesi KPP 2/ceramah atau sesi teori mengikut kelas lesen yang dipilih.     Bagi calon Tambah Kelas yang sudah mempunyai lesen memandu lain bermula KPP 1 SEMULA.
5. Calon mengambil sesi KPP 2 / Amali selama 5 1/2 jam.
6. Proses Lesen 'L' akan dilakukan oleh pihak institut.
7. Setelah lesen 'L' siap, calon boleh menjalani latihan memandu / belajar memandu selama 9 1/2 jam (jam terkumpul). Bagi calon yang telah memohon Pakej Sampai LULUS pembelajaran diteruskan sehingga boleh memandu/mengendali kenderaan dengan sendiri.
8. Setelah mencukupi latihan memandu selama 9 1/2 jam terkumpul/boleh memandu, calon perlu menjalani sesi pra-ujian memandu atau Ujian Percubaan (QTI) selama 1 jam. Setelah lulus barulah buat tempahan ujian amali JPJ.
9. Calon mengambil Ujian JPJ pada hari yang ditetapkan.
10. Calon dapat ketahui Keputusan Ujian JPJ setelah tamat ujian. Jika gagal, calon boleh mengambil semula ujian JPJ pada minggu berikutnya setelah membuat tambahan masa belajar.
11. Jika lulus ujian JPJ, proses pengeluaran lesen 'P' akan dilakukan. Bagi calun yang tambah kelas ,kami cadangkan buat penambahan kelas dahulu baru boleh pandu kenderaan tersebut. -> Tamat

 

Syarat-Syarat Utama

September 19,2013

Syarat Utama Untuk Belajar Memandu

1. Belajar Motosikal mesti berumur 16 tahun. 2. Belajar Kereta mesti berumur 17 tahun. 3. Warganegara Malaysia. 4. Lain-lain Negara ada syarat lain seperti (a.)Mempunyai Visa belajar atau bekerja atau sijil nikah suami/isteri rakyat Malaysia. (b.) Mempunyai harta berupa rumah/kedai/tanah disini, sila sertakan bil api/air/resit beli hartanah dan lain-lain syarat. 5. Sehat tubuh badan, Jika OKU ,sila dapatkan surat pengesahan dari Pegawai JPJ dan Pengesahan Pegawai Kesihatan.

September 19, 2013

Pakaian Semasa latihan/ujian

Lelaki - Berbaju kemeja/T-shirt Berkolar, seluar panjang dan kasut sarung. Perempuan - Baju kurung /baju kebaya /baju t-shirt , seluar panjang dan kasut sarung.

TESTIMONI PELANGGAN

"Bayaran yang berpatutan, boleh bayar ansur-ansur, masa belajar yang tidak terhad, ikut kemampuan kita. Kenderaan disediakan pergi dan balik. Saya rasa pengurusan Cikgu Isman adalah baik. Lega kerana saya sudah dapat lesen "P". Takut juga kata orang, kena belajar 25 jam kalau ambil lambat nanti. Dah dapat lesen ini, kena jaga baik-baik, jangan sampai kemalangan dan kena saman, pesan Cikgu Isman".

-- En. Azrul, IRDA Danga Bay